Saturday, September 5, 2009

15 Ramadhan 1430 Hijrah


Salam sejahtera & Selamat Berpuasa. Alhamdulillah kita dah pun sampai pertengahan bulan puasa. Solat Witir pun dah mula baca Qunut. Bulan Purnama pun dah mula mengecil.

10 hari pertama penuh KERAHMATAN, adakah kita rebut atau terlepas begitu sahaja? 10 hari kedua penuh PENGAMPUNAN dan tinggal beberapa hari sahaja lagi akan berlalu, adakah kita masih leka? 10 hari terakhir TERLEPAS DARI API NERAKA, adakah kita menunggu bulan Ramadhan tahun depan untuk merebut peluang?

Dan Adakah Kita Berpeluang Untuk Bertemu Ramadhan Tahun Depan? Hanya Allah swt yang mengetahui.

Jadi, jangan lepaskan peluang yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, rebutlah ia, kerana dalam 10 malam terakhir inilah terdapatnya Malam Lailatul Qadar.

Bak kata cerdik pandai, Bulan Ramadhan Bulan Pesta. Pesta Juadah Dan Pesta Ibadah. Yang manakah kita pilih?

Untuk peringatan kepada diri Abang Zul sendiri dan juga pembaca, Rebutlah Akhirat (Beribadah) seolah-olah kita akan mati esok hari dan rebutlah dunia (bekerja) seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi.

0 comments: