Sunday, September 6, 2009

Terkenang Semasa Dulu – MAS

Sambutan Hari Raya Line 11 2003

Bila tiba bulan Ramadhan ni, teringatlah pulak masa dulu2… masa keje kat MAS. Kenapa tau…. Apa lagi… apply cuti raya la… Bila HR bagi ‘date line’ hantar borang cuti raya je, cepat2 hantar borang cuti. Borang selalunya mintak kat DSA antaranya, DSA Alias, DSA Budin, DSA Jalal, DSA Ishak Ahmad. Biasanya cuti utk raya ni simpan dari awal tahun lagi, nak cuti pun kena bajet2 jugak takut raya tak cukup cuti. Biasanya ambik cuti raya ni seminggu… ikut sekolah cuti katakan, sebab wife keje cikgu.

FOREMAN @ LEAD ENGINEER org paling glamer mase ni sbb kena sign borang cuti. Kadang2 tu, kena gi check cuti dulu, ada brape hari lagi balen cuti, takut terlebih cuti, marah pulak bos. Pas tu kira pulak berapa hari PH, weekend dan hari cuti. Baru isi borang cuti. Seronok jugak masa tu. He… he….

Dan teringat jugak Bubur Lambok HR, dapat sebungkus masa nak balik keje. Kalu lambat sikit je, tgk bekas kosong je…. besoklah pulak kalau ada rezeki. Ramai jugak peminat bubur lambok HR ni….. sebab sedap ke… sebab FREE ke…. Tak taulah. Kalau dapat bubur lambok tu, bagi sumbangan singgit dua utk bubur lambok besok pulak…Berkat… Biasanya ambik satu je, sebab Abang Zul je yg suka bubur lambuk ni, wife & anak2 kurang minat.

Masa dulu… ada org jual kad raya, laku jugak… org MAS ni banyak duit, boleh beli apa saja. Bila kad raya dah diganti dgn SMS, tak ada dah org jual kad raya tu. Jual apa pulak, tak taulah...

Kekadang keje malam, sahur balik rumah makan, claim OT pun sampai takat sahur je. Tak boleh claim lebih, tak berkat nanti. Ok laaah tuu...…

Time rehat je, tak kira kul 9:45 pagi ke, t/hari ke … membute je keje….. tido la tu…tak de keje lain. Ingat bulan puasa je tido mase tu…. Bulan lain pun same jugak….. Tidoq…. Abang Zul la tuu….

Pernah satu ketika dulu…. Abang Zul jual CD lagu raya, siap boleh try & pilih lagu apa nak. Org lain jual biskut raya tak boleh try, sebab puasa. Untung Abang Zul....

Kekadang tu teringat jugak kepada rakan2 yg telah meninggalkan kita, gurau senda, gelak ketawa, tolong menolong, belanja makan, nasihat, mengajar dan banyak lagi. Al-Fatihah untuk Arwah Haji Makhtar, Raja Ezham, Abg Jalil, Hairy, Ahmad Nizar…..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para Solihin. Amin. Biarlah orang kenang kita kerana kebaikan bukan sebaliknya.
Itulah antara kenangan semasa bertugas di MAS. Sekarang dah tak keje ngan MAS lagi. 15 Julai 2007, tarikh berhenti kerja ngan MAS. Tapi kenangan tu rasa macam baru je berlaku.....
Kepada kawan2 yang sama2 bertugas mahupun tidak, saya Zulkifli Salleh ucapkan Selamat Berpuasa.

0 comments: